Bismillah.
Terbuka hati menggerakkan jari jemari hari ini untuk berkongsi beberapa tips cara untuk mengawal amarah kita. Kalau search di google, bermacam2 cara dicadangkan. Al maklumlah sekarang semua dihujung jari sahaja. Tapi beringat ye kawan2, jangan terlalu taksub atau 100% percaya pada apa yang kita baca. Bertanya pada yang pakar lagi baik. Opps.. melalut pula, dan macam nak bagi ceramah pula rasanya. Baiklah, disini saya nak kongsikan beberapa tips yang saya baca dan saya rasa boleh diamalkan bila tiba-tiba rasa marah tu memuncak. (Dah tua la ni kan, cepat sangat marahnya...)
Tip #1 - Memohon perlindungan daripada Allah SWT dari godaan syaiton nirrojim dengan membaca Ta'awudz:-
أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ
Kalimah ini mampu menghilangkan amarahnya. (Cer try, kalau tak caya) Bila rasa nak marah je, cepat2 lah ucalpak Ta'awudz.
Tip #2 - Diam seketika dan jaga lisan.
Kengkadang, kita kalau dah marah ni, bercakap mulalah merapu sampai boleh tersalah cakap. Jaga2lah dengan kata2 kita, jangan sampai mengundang murka Allah.
Contohnya: Marah kat batu sebab tersepak "Bodoh punya batu". Perlukah marah batu sampai macam tu sekali, kepada siapa nak ditujukan marah tu? Nak marah Allah? Sebab batu tu ada di situ sampai kita jatuh??
Maka kerana itulah, berdiam adalah lebih mujarab untuk menghindari dosa yang lebih besar.
Tip #3 - Merendahkan kedudukan/posisi
Kebiasaannya kita dalam keadaan marah mesti rasa tinggi/besar sebab mahu mempertahankan hak kita. (Sebab kononnya kita yang betul semua). Mudah sahaja, bila kita marah tu dalam keadaan berdiri, cuba cari kerusi dan duduk. Jika dalam keadaan duduk cuba baringkan diri macam nak tidur - jika ada ruang. Insya Allah, akan kurang rasa amarah tu.
Tip #4 - Berwudhu' atau mandi
Selain digunakan untuk membersihkan diri, air juga adalah elemen sejuk yang dapat memadamkan kemarahan. Panas lawannya sejuk.
Marah adalah hasil hasutan syaitan, syaitan asal dari api. Cara nak padamkan api, kenalah siram dengan air.
Tip #5 - Memohon maaf atau memberi maaf dan bersabar
Jadilah pemaaf dan percepatkan memohon maaf jika sekalipun bukan salah kita. Kalau diteruskan bertikam lidah, sampai bila pun tak selesai masalah. Jangan letakkan diri kita sama taraf dengan orang bodoh yang suka mencari kesalahan orang lain.
Semoga dengan bersabar juga kita dapat menguatkan lagi iman kita.
Tip #6 - Ingat kebesaran Allah dan ganjaran Allah pada orang yang mengawal marah
Sentiasa ingat Allah, bahawa kita masih kerdil dibanding kekuasaanNya. Tiada apa yang perlu dipergaduhkan selain dari mempertahankan Allah dan martabat Islam. Mungkin dengan cara ini dapat membuatkan kita lebih bersopan santun dan menjaga bahasa percakapan kita.
Selamat mencuba kawan2.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.