Monday, January 18, 2016

Aku Pilih Kamu

Malam ni ada episod terakhir drama bersiri "Aku Pilih Kamu" dalam slot Samarinda kat TV3. Terjebak dengan drama bersiri ni sejak 3 minggu lepas. Mula2 layankan je, pastu seronok pulak follow. Tengah syok layan, tiba2 dah nak habis pula. Up to now, jalan cerita masih boleh diterima akal lagi. Hopefully ending malam ni menepati telinga, mata & yang penting boleh diterima akal. hihi. Sakit hati follow drama bersiri bila sampai ending macam hampeh.

Pelakon2 muda & muka yang dikenali. Lakonan yang boleh tahan & para pelakon membawakan watak dengan jayanya sampai tersentap hati mak tau. Emosi yang cuba disampaikan tu sampai terjangkit la dekat si penonton ni (which is Me). Hahaha.. Memang emosi terlebih sket pun kan. 

Lagu tema best, tak pernah dengar pun lagu "Kasih Dalam Hati by Ippo Hafiz". Sesiapa nak dengar boleh la google sendiri ya.. 

Oh ya, siapa nak download movie boleh la try google www.bukancincai.net (Recommended page). Senang download kat sini. 

Selamat menonton malam ni. 

Muka Baru, 2016

Assalammualaikum bloggers,

Masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kan. Semoga dilembaran baru ini, saya lebih rajin untuk meng'update' blog yang kering kontang ni.

Tahun baru + semangat baru + gadget baru, moga dapatlah saya meneruskan niat @ azam saya (yang setiap tahun tak pernah tercapai) untuk mengaktifkan diri dalam dunia writing ni. Walaupun agak ketinggaan zaman, tapi saya tetap dengan pendirian saya untuk mengaktifkan diri. Semoga saya dapat meluangkan masa untuk menulis dan berkongsi cerita bersama bloggers lain.

Wish me luck ya!!



Monday, August 17, 2015

AMARAH dan lawannya

Bismillah. 

Terbuka hati menggerakkan jari jemari hari ini untuk berkongsi beberapa tips cara untuk mengawal amarah kita. Kalau search di google, bermacam2 cara dicadangkan. Al maklumlah sekarang semua dihujung jari sahaja. Tapi beringat ye kawan2, jangan terlalu taksub atau 100% percaya pada apa yang kita baca. Bertanya pada yang pakar lagi baik. Opps.. melalut pula, dan macam nak bagi ceramah pula rasanya. Baiklah, disini saya nak kongsikan beberapa tips yang saya baca dan saya rasa boleh diamalkan bila tiba-tiba rasa marah tu memuncak. (Dah tua la ni kan, cepat sangat marahnya...)


Tip #1 - Memohon perlindungan daripada Allah SWT dari godaan syaiton nirrojim dengan membaca Ta'awudz:- 

أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ
Kalimah ini mampu menghilangkan amarahnya. (Cer try, kalau tak caya) Bila rasa nak marah je, cepat2 lah ucalpak Ta'awudz. 

Tip #2 - Diam seketika dan jaga lisan. 


Kengkadang, kita kalau dah marah ni, bercakap mulalah merapu sampai boleh tersalah cakap. 
Jaga2lah dengan kata2 kita, jangan sampai mengundang murka Allah. 

Contohnya: Marah kat batu sebab tersepak "Bodoh punya batu". Perlukah marah batu sampai macam tu sekali, kepada siapa nak ditujukan marah tu? Nak marah Allah? Sebab batu tu ada di situ sampai kita jatuh?? 

Maka kerana itulah, berdiam adalah lebih mujarab untuk menghindari dosa yang lebih besar. 


Tip #3 - Merendahkan kedudukan/posisi


Kebiasaannya kita dalam keadaan marah mesti rasa tinggi/besar sebab mahu mempertahankan hak kita. (Sebab kononnya kita yang betul semua). Mudah sahaja, bila kita marah tu dalam keadaan berdiri, cuba cari kerusi dan duduk. Jika dalam keadaan duduk cuba baringkan diri macam nak tidur - jika ada ruang. Insya Allah, akan kurang rasa amarah tu. 


Tip #4 - Berwudhu' atau mandi


Selain digunakan untuk membersihkan diri, air juga adalah elemen sejuk yang dapat memadamkan kemarahan. Panas lawannya sejuk. 


Marah adalah hasil hasutan syaitan, syaitan asal dari api. Cara nak padamkan api, kenalah siram dengan air.


 Tip #5 - Memohon maaf atau memberi maaf dan bersabar


Jadilah pemaaf dan percepatkan memohon maaf jika sekalipun bukan salah kita. Kalau diteruskan bertikam lidah, sampai bila pun tak selesai masalah. Jangan letakkan diri kita sama taraf dengan orang bodoh yang suka mencari kesalahan orang lain. 


Semoga dengan bersabar juga kita dapat menguatkan lagi iman kita. 


Tip #6 - Ingat kebesaran Allah dan ganjaran Allah pada orang yang mengawal marah


Sentiasa ingat Allah, bahawa kita masih kerdil dibanding kekuasaanNya. Tiada apa yang perlu dipergaduhkan selain dari mempertahankan Allah dan martabat Islam. Mungkin dengan cara ini dapat membuatkan kita lebih bersopan santun dan menjaga bahasa percakapan kita. 


Selamat mencuba kawan2. 

Wednesday, September 18, 2013

Introducing My Little Love, Afif jazimin.

It takes about 4 months for me to create this post dedicated to my lovely baby boy, Afif Jazimin. Me and Mr Asben call him Baby Afif. Tapi kat ni nak guna nama glamour untuk dia as AJ. :)



Ni la dia Anak Mummy.



 AJ never made me feel uneasy during my pregnancy and labor. Hopefully, sampai besar pun AJ dapat menyejukkan perut Mummy.



Ni gambar masa Majlis Marhabban untuk AJ.
  8th Sept lepas baru selesai Majlis Marhabban AJ. Semoga baby Mummy ni dimurahkan rezeki dan sentiasa dilimpahi dengan rahmat Allah. Amin.

Mummy sayang AJ.

Cinta Kita



Suka banget dengan lirik lagu ni. Thought nak dedicate to Mr Asben. Sekali ending v.clip nye cedeyh la pulak... huhuhu. Terus cancel niat. Tapi i tetap nak share jugak. Notice Shireen ni as Indonesian actress. Tak pernah tau pun dia pandai nyanyi. But not bad. Kena pulak dengan lirik lagu ni best. If not mistaken both of them are husband and wife. But i dont have the proof. hik hik... OK abaikan ape pun status diorang.

Jom layan lirik dia..


Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya



Best kan.. Dah dah. U olz yang tengah layan tu jangan nak syahdu-syahdu sangat ye..

Bye......

Tuesday, July 30, 2013

Say good bye to white & black heads




eyoooooo....Selamat petang kalian.
 
Rajin tul arini, siap nak masuk 2nd post la pulak. Ni semua gara2 air-cond opis terlebih air ni. Udah sejuknye sampai ke tulang. So ape lagi, level kemalasan pun meningkat dengan mendadaknya dimana ia berkadar songsang dengan suhu sekeliling. (Semakin rendah suhu sekeliling, semakin tinggi level kemalasan)
 
Tapi yanga jaibnya, level kerajinan utk merepek kat sini meningkat naik la pulak. hihihihihi... (Bab2 mengarut merepek meraban, memang bagi la kat kau nana)
 
 
Lepas tengok pic atas ni. Apa yg u guys terfikir??? Yek yek.. Geli kan. hohoho.. Ni adalah kerja pembaziran office hour pagi tadi. Sampai2 je opis terus buat hidung jadi cam gini. Sebab baru dapat mask yang order kat opismet semalam.
 
Not bad jugak.. Rasa sejuk je once apply mask ni kat hidung. Tapi masa nak cabut tadi agak sengsara jugak la. Terkeluar juga la beberapa pearl drop dari mata tadi. (Gedik kan) Actually tak de la sakit mana pun. Biasa2 je... Lepas dah cabut. Asyik nak pegang hidung jee. Best rasa licin.
 
What?? Nak tahu mask apa? Ok Ok.. Lemme share next pic kat u ol.
 
 
Nah.. Ni dia. Bioglo ClearPore Deep Cleansing Mask by Cosway. Recommended by one of my colleague, Cek Ros. Harga pun murah and with in the budget. Since tinggal less than 10 days before Raya ni. Why not to try je kan. Mana tahu nanti boleh naik seri time Raya nanti. Glowing glowing sket di pagi Raya nanti. Ouchhhh...
 
Cosway kena bayar royalti kat I ni. Since I help them to promote their product. Fefeeling jadi duta Bioglo la pulak. eceeeeh.. (Wajib label cosway untuk post ni)
 
Da da....

Monday, July 29, 2013

G.A.L.A.U

Holaa....

Today's word is "GALAU". Seriously, me myself dunno what is the meaning of this GALAU. But there are 2 top songs named GALAU currently been playing by the deejay. One of the song by Siti Nurhaliza and the other one is by an Indonesian Band called Five Minutes.

I am more hypnotized to the one sung by Five Minutes. Even though this song macam sedih2 ala2 meloo gitu where it is more suitable for "org putus cinta'.. Hihihihi.. (I'm not yee... To me everyday I am in LOVE). But i do really love this song. Might be because of the music arrangement. :)

"Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau"


Actually this 4 minutes song is repeating the same chorus jee. Italic as above. Betul kan.. Lagu ni lagi sesuai for those yang tengah frust menonggeng. So boleh nyanyi sambil tonggeng2 frustrated...

While I'm writing ni pun, that chorus is still terngiang2 kat telinga ni. (Ooo gosh, i'm addited to this GALAU. awwww.. ) Galau la camni. Tak siap la report depan mata ni. (@_@) Dah2 back to work.. Lunh hour is finished.

Yours truly,
Puan Liana
(Aiyak.... gedik nak letak puan bagai)